assalamualaikum ^^
ok..hari ni nak cite pasal "KONTRAK DALM PERKAHWINAN"
agak-agak korang penah dengar tak pasal ni??
kalau tak pernah dan ingin tahu boleh la baca entry ni dan cari la mana2 buku untuk dibuat rujukan ye..
ekceli..kalau korang perasan la kan..tajuk WHI pada 24hb oct 2013 ialah kontrak dalam perkahwinan..
sebelum2 ni..umi aku selalu la sebut macam ni
"nanti bila korang adik beradik nak kawin, umi nak semua menantu umi yang lelaki janji dulu nak bagi berapa setiap bulan.. kalau anak bertambah sorang berapa hinggit nak naik??"
"kalau dieorg tak nak janji..jgn kawin dgn dia"
aku pun dalam hati menjawab :
"apa ni umi..kesian la laki kita nanti..macam zalim je buat macam tu"
dan..belum sempat nak bg respon umi akn sambung mcm ni..
"umi buat mcm tu bukan apa..takut la nanti bila dah kawin..ada la pulak laki korang ni tak bagi nafkah..mentang2 la perempuan skrg ramai yg kerja tinggi2"
*
*
*
rupa2nya skrg *tak tau la negara la ada tak undang2 ni* kontrak ni memang ada..boleh isi borang dkt mahkamah (mengikut en yg dtg dkt WHI hari tu)..
first..korang jgn salah faham antara kontrak dalam perkahwinan dgn kawin kontrak..
ianya dua perkara yg berbeza..
- kontrak dalam perkahwinan = pasangan suami isteri menandatangani kontrak perjanjian selepas berkahwin untuk hak tertentu dan tindak mempunyai tamat tempoh
- kawin kontrak = Dalam islam disebut dgn istilah nikah mut'ah. Hukumnya adalah haram dan akadnya tidak sah. Pasangan akan menandatangani kontrak perkahwinan dan mempunyai tamat tempoh.
Rasulullah SAW bersabda, "Wahai manusia, dulu aku pernah mengizinkan kalian untuk melakukan kawin kontrak (mut'ah). Dan sesungguhnya Allah telah mengharamkannya hingga Hari Kiamat..(HR. Muslim)"
ni pulak pasal kontrak dalam perkahwinan :
- Syarat-syarat yang terdapat di dalam kontrak perkahwinan mestilah diaplikasikan serta merta selepas sahnya aqad.
- Borang ini mengandungi syarat dari kedua-dua atau sebelah pihak pasangan pengantin dan mestilah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
- Panduan syarat-syarat di dalam kontrak perkahwinan :
a) Jika isteri mengemukakan syarat yg bertujuan utk melindunginya mengikut undang-undang & supaya tidak dipinggirkan kerana pihak ketiga, maka syaratnya sah, perlanggaran syarat membolehkan isteri menuntut cerai. Contoh : suami tidak boleh berkahwin lain.
b) syarat yg diletakkan suami yg bertujuan utk melindunginya mengikut undang-undang & supaya tidak dipinggirkan kerana pihak ketiga, maka syaratnya sah, perlanggaran syarat membolehkan suami menceraikan isterinya. Contoh : Isteri tidak boleh keluar bekerja diluar kawasan.
c) Syarat yang mempunyai masalah biasanya syarat yang bertentangan dengan undang-undang. Contoh: tidak tinggal serumah, boleh minum arak, maka syarat seperti ini akan terbatal tetapi kontrak perkahwinan masih lagi sah.jelas??
wanita sekarang disarankan oleh aku sendiri utk mengaplikasikan kaedah ini utk melindungi hak2 anda..
dan insyaAllah aku akan mengaplikasikan kaedah ini juga 1 hari nanti..
kalau anda semua tak percaya..ce try pegi mahkamah syariah..sesangat ramai wanita2 sekarang ditindas oleh insan bernama lelaki..
ni bukan kes tak percaya kpd si suami tp
baiklah kita mencegah drp merawat..
No comments:
Post a Comment