well.. since masuk ktmp (kolej teknologi makmal perubatan) hanya satu post yang berjaya disumbangkan.. yep.. bukan tak gembira duk sini.. tapi.. masa kat sini padat gile memang kene manage betol2... kalau budak pandai, sempoi boleh study gitu2 je lepas tu score.. memang boleh hidup normal la kat sini..okey.. oleh itu.. diri ni nak post sikit moment tahun 2014
bertarikh 27 september 2014
aku ditugaskan untuk jadi pengarah program.. aku pun tak tau mcm mane boleh setuju dengan cadangan ni.. tapi.. bila tgk xde org yg nk sanggup "mewalentierkan" *haha eja satu-satu ye* diri. akhirnye aku setuju la.. aktiviti ni dianjurkan oleh kelab komuniti iaitu lawatan ke rumah anak yatim sungai buaya aka rumah penyayang di banting, selangor. pada mulenya aku pun tak tahu la macam mane boleh terjebak dengan kelab ni, tapi sekarang aku dah boleh nampak hikmah disebalik kejadian ni.. alhamdulillah.
okey..sebenarnye 27 september ni betol2 tarikh 2 hari lepas exam mid tamat.. hari sabtu.. aku pun berusaha sedaya upaya dalam exam, tak nak jadikan program ni sebagai salah satu sebab markah exam teruk.. soo.. pada hari kejadian semua berjalan lancar..
ada satu part kann.. aku duk tepi sorang budak pompuan ni.. dia form 2 kot kalau tak silap.. aku sembang2 dengan die.. ckp2.. acah2 motivate die.. sebab rata2 bila aku tanya cita2 ape, dieorg cakap tak tau.. sangat sedih bila die ckp mcm tu. seingat aku la kan mase darjah 1 sampai darjah 6, bende wajib cikgu tanya hari first mesti nama, tarikh lahir, duk mane, cita2.. tak tau la kot2 sekolah aku je macam tu... ok.. dalam2 aku duk motivate die, belum sempat ape2.. air mate aku jatuh.. haddooo.. jatuh kemachoan.. malu kot.. tapi.. mase aku duk nangis sambil motivate tu aku sempat tengok mate budak tu...huhhh bergenang jugak die..
pada mula nya.. aktiviti yang dirancang sebenarnya bola beracun acah2 macam runningman tu, tiup tepung, baling kasih disambut sayang, menara kejayaan, sampaikan beritamu dan prince princess.. tapi last minit mase hari kejadian tukar sebab cuaca tak menentukan.
| pengerusi menggayakan gaya selfienya dalam game sampaikan beritamu |
| menara yang dibina oleh adik2 |
| the last part from us to say good bye |
mase program ni aku sendiri yg amik part bab menempah makanan ni.. biasa la.. susah kalau kita nak arah2 org ni.. jadi aku cari sndiri katering.. haaaa.. nak promote sikit.. aku amik katering dari dapur mummy.. ownernya dua org.. tapi. aku bercontact dgn kak nora.. baik orangnya.. kalau nak buat majlis tunang, kawin, atau majlis pape je la boleh try contact akak ni.. tapi majlis tu haruslah area selangor dan KL.. makananya boleh tahan best.. rata2 comment student kolej semua ckp sedap.. cari je page dapur mummy ni kat fb. ingat "DAPUR MUMMY" ade le tu. kalau tak jumpa jgk. meh pm aku ikot email. nanti aku bagi..
utk pengetahuan korang.. budak2 kat sini bukan semua anak yatim.. ade yang datang dari keluarga miskin aka susah. rata2 yang masih sekolah rendah memang ok..dengar kata..yang sekolah menengah memang susah nak kawal.. kalau la dieorg jadi adik aku.. memang dah kena tarik telinga 360 darjah dh ni..tapi dari pengamatan aku la kan.. dieorg ni bukan la terok atau nakal sangat.. tapi mungkin dieorg tak dapat didikan yang lebih teliti dan kasih sayang dari org sekeliling.. sebab tu jadi agak keras dan degil sikit perangainya..