Saturday, May 18, 2013

sedar atau tidak

assalamualaikum w.b.t..^^


memandangkan pemerhatian yang telah sy buat setelah sekian lamanya a.k.a semenjak sklh rendah sampailah sekarang...ada sesetengah manusia "bertuah" yang berperangai jenis2 mcm ni..dan sy tetap bersabar..nak tau perangainye??hehehe..here we go :D


kata-kata imam al-ghazali : 

" ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya "


yep..saya sedar..ada sesetengah "manusia bertuah" yang berkawan dengan seseorg kerana niat tertentu..
ada yg pilih kwn yg cantik..yg kacak lagi bergaya..yg cerdik..yg baik dgn guru/lecturer dan lain2 lagi *lu pikir la sendiri..

di sini sy nak tanya satu soalan...sebagai cth..adakah kita akan menjadi cerdik/cantik/hensem/kacak dan bergaya kalau org di sekeliling kita ada ciri2 mcm tu ??



"selemah - lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia - siakan sahabat yang telah dicari " 

(saidina Ali)




maknanya...apabila kita sudah mempunyai sahabat...kita seharusnya bersahabat dengannya sehingga ke akhir hayat...dan berusaha menerima mereka seadanya dgn kata lain menerima setiap kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri dia...
kalau kita nak cari sahabat yg perfect dari segala aspek memang tak la kan..sampai mati pun takkan jumpa..hehe..


seorang bijak pandai berpesan kpd anak lelakinya "wahai anakku,sekiranya engkau rasa perlu bersahabat dgn seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yg sifatya spt berikut :

  • jika engkau brbakti kpdnya,dia akn melindungi kamu
  • jika engkau rapatkan persahabatan dgnnya, dia akn mmbalas balik persahabatan kamu
  • jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akn mmbantu kamu
  • jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kpdnya, dia akn menerimanya dgn baik
  • jika dia melihat sesuatu yg tidak baik dpd kamu, dia akn menutupnya
  • jika engkau berdiam diri (krn malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
  • jika kamu berdua berselisih faham , nescaya dia lebih senang mengalah utk menjaga kepentingan persahabatan

pujangga berkata : "cara terbaik mendapat sahabat adalah dengan menjadi sahabat "




maka dengan itu..jgnlah kita terlalu mengharap seseorg sahabat selalu ada di samping kita ketika susah dan senang sekiranya kita sendiri yg sering meghilang ketika sahabat kita sedang susah...




#dgn ini sy ingin menyusun 10 jari memohon maaf kpd kawan2 dan sahabat2 atas semua kesalahan yg telah sy lakukan secara sengaja ataupun tidak...mintak maaf banyak2...sesungguhnya kadangkala sy hanya insan biasa yg sering melakukan kesalahan..:)

ok..bye2!! wasalam ;D

Sunday, May 12, 2013

golongan orang yang doanya diterima

assalamualaikum ^^.


walaupun kebanyakkan org ramai yg dah tahu pasal benda ni..
tapi apa salahnya kalau sy berkongsi lagi kn..hehe..
ok..selamat membaca!!



Allah sentiasa memperkenankan doa hamba yang meminta kepadaNya. Terdapat juga org tertentu yg doanya diterima Allah iaitu :


- Doa org yg dizalimi walaupun bukan muslim

Rasulullah bersabda, "Jagalah dirimu dari doa org yg teraniaya, kerana
doanya itu tidak ada halangannya di sisi Allah".


- Doa ibu bapa kepada anak - anaknya

- Doa muslim kepada saudaranya tanpa diketahui oleh orang yang didoakannya

- Doa orang yang sedang berpuasa

- Doa musafir sehingga beliau kembali ke tempat asalnya

- Doa orang yang berapa dalam bahaya

- Doa anak yang soleh


salah satu orang yang tergolong dlm golongan ni ialah ibu bapa..
so..selagi kita ada ibu dan bapa..
gunakanlah manfaat itu kerana..
ibu bapa tiada ganti buat selama - lamanya..