Sunday, December 30, 2012

perisai wanita

assalamualaikum...^^

beberapa minggu yg lepas...sy ade pegi satu talk ni dkt UiTM shah alam...
pada awalnye igt kan ceramah ni pasal perjuangan ke ape ke..yg pasti pasal agama la...
sebab tajuk die "perisai buat wanita" 
tapi...last2 sebenarnye pasal keldai dadah dan cari  cara nak scan lelaki tu lelaki perosak ke tak..
adoiii...datang dgn niat nak dengar ceramah agama..last2 jadi mcm ni..
so..xpe la..ilmu jugak..

penceramah ni sebenarnye ade karang buku pasal ni...
tajuk perisa buat wanita..sy tulis sikit2 je la..
berdasarkan ape yg saya faham..
kalau nak dapat informasi lebih lanjut beli la buku ni..
 insyaAllah 2013 ni keluar la buku ni di pasaran..
oke...x nak cakap bnyk2 lagi...
ni antara tuturkata lelaki perosak...

1. unsur jenaka - lelaki ini akan berborak bersama anda dgn menggunakan unsur jenaka.
dan suasana tenang akan timbul.

2. merendah diri - lelaki ini akan merendah diri di hadapan anda. contohnya..mereka lebih gemar
menceritakan perkara yg menggambarkan dirinya sebagai seorang yg tidak berguna.

3. meneka sifat anda & ayat2 manis - lelaki ini akan meneka dan memuji anda dengan perkara2 yg positif dan besifat kepujian.
walaupun segala pujian itu sebenarnya anda sedar sama sekali tidak benar...tapi...realitinya siapa yg tak sukakan puijan kn...betul tak??

4. pendengar yg setia - mereka akan menunjukkan bahawa mereka menghargai kehadiran anda.
contohnya..anda mempunyai masalah dan mereka adalah org pertama yg bertanya dan bersimpati dgn anda..
secara tidak sedar anda berkongsi masalah dgn mereka dan secara automatiknya..
anda akan sering mencari mereka disaat sedih dan keadaan ini akan selalu berulang..

so...beware..;)




# harap2..Allah jauhkan diri kite semua dari lelaki berniat macam ni..
P/s : take note..bukan semua lelaki adalah lelaki perosak...dan tak semuanya yg bersifat mcm ni adalah lelaki perosak...



Monday, December 24, 2012

Rahsia Tarikh Lahir



sebenarnya post ni di copy dari blog kwn sy..hehe..
ce try korang punye bdayy..tapi tak semestinya semua benda ni betul..dlm erti kata lain..tak payah la percaya sgt ye..

TARIKH LAHIR kita menerangkan
1. siapa kita,apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita.
Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Untuk mengetahui NOMBOR LAHIR kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal.
Contoh 1 :
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
(Jadi NOMBOR LAHIR anda ialah 1 – KETULENAN)

Maksud NOMBOR LAHIR adalah seperti berikut:
1 ---> KETULENAN
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
- Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.
- Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Raquel Welch

2 ---> PENDAMAI
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.  
- Mereka tidak suka bersendirian.
- Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
Bill Clinton, Madonna, Whoopi Goldberg, Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.

3 ---> CERIA
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3:
Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4 ----> KONSERVATIF
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4:
Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5 ---> PERINTIS
-Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:
Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Keller dan Mark Hamil.

6 ---> ROMANTIK
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:
Albert Einstein, Jane Seymour, John Denver, Meryl Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7 ---> INTELEKTUAL
- Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:
William Shakespeare, Lucille Ball, Michael Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8 ---> PENYELESAIAN
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8:
Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9 ---> PELAKON
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
        Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:
Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley


selamat mencuba!!!

Sunday, December 23, 2012

DoN't JudGe a bOok bY it'S CoVEr

assalamualaikum..^^
oke..memandangkan skrg tgh cuti mid sem..
so...tak de la seteress sgt utk siapkan asssignment yang 
baru 2,3 diberikan oleh lecturer2 kesayanganku..
oke..better sy stop ckp pasal cuti ni sebelum sy ckp lebih nonsense..

huhh...oke..semua org mesti tahu pasal ni..
"don't judge a book by it's cover"
kn??
tapi..as usual..kite manusia biasa yg selalu buat kesilapan dan mempunyai kelemahan..
kite kebiasaannya hanya sekadar tahu dan mengakui kebenaran sesuatu perkara..
tapi..kite tak pernah melakukannya..(mayb bukan semua mcm ni..tapi yg pasti sy mmg termasuk la dlm golongan ni..hehe..)

oke...sebenarnya sy nak ckp yg sy sememangnya tahu
dan sedar..
setiap kali sy berjumpa dgn rakan2 yg baru..
dan memang tak kenal sy..perkara yg sy sgt pasti dlm hati dieorg..
dieorg akn ckp..huh...SOMBONG sgt budak ni..(yg lain sy tak tahu la)..
dan budak tu ialah sy..ok..SY!!

ok..first of all..sy nk ckp yg sy sbnarnye bkn sombong..
tapi..sy sebenarnye malu dan segan la..
yela..sy bkn jenis yg peramah..bising2..
bagi sy la kan..tak kan baru sehari dua kenal..dh nak bising2..
tapi bile dah lama kwn rapat dgn sy..nak2 sy dpt kwn yg peramah..lagi gile2..
sy oke je...so...kesimpulannya..


Wednesday, December 12, 2012

WaRM uP CaMP

assalamualaikum...^^
nk cite sikit ni..hehe..
hari tu..pd 7,8 dan 9 bln 12  sy ade la pegi satu kem ni dkt hulu langat..
ermm..mule2..rase mcm tak nak..
tapi bile dh tgk poster die ade tulis flying fox dgn night walk..terase la pulak nk pegi..
satu lg alasan terase mcm nk pegi..ermm..sebab igt nk knl jln tp...
bile dh pegi..hmm...hampeh..mmg x igt la jln nye... 


ok..first2 bile smpai dkt kem tu.. 
kiteorg terus dihidangkan dengan ceramah..
time tu boleh terima lagi la ceramahnye..
keesokkan paginye..satu hari dengar ceramah..
sampaikan pukul 12.00 MALAM..ade lagi penceramah lain yang baru sampai..
sy dgn kwn2 time tu rase mcm...ARGGGHHH!!!
ape ni?? kiteorg nk tido la...haha..
sbnarnye sy terlupa kem ni dianjurkan oleh rakan masjid..
haha...dalam hati..(hmm..patutlaa..)

dekat kem ni kiteorg diajar utk makan dlm dulang ramai2..
setiap masa okey mcm tu...tension jadinye..




ni gmbar kwn2 sy mkn dalam dulang dgn gembiranye..


time kite org terpaksa dgr ceramah sehari suntuk tu..ade la kwn sy sorg ni ckp mcm ni..
*ckp ade flying fox..night walk..explorace bagai..
mane semua tu..mane??*
rupa2nye..semua aktiviti tu kite org main hari last...







ni pulak gmbar dgn akak2 fasi..


kesimpulannye..walaupun awal2 sy mmg x suke dan x nak la pagi pegi sgt kem ni..
tapi...sbnarnye..ade la sedikit sebanyak input yg sy dpt..okey..
wassalamm...


***


Tuesday, December 4, 2012

serangan sem 2

assalamualaikum...
sebenarnye bnyk sgt cte yg aku nk post time cuti sem 1..
tp..bile duk rmh..mmg buzy..so mmg tak sempat la nak buke lappy bagai ni kn..

ok..sem 2 dh kembali..dn aku rase tersangat lah bosann..
sebenarnye..bosan yang tak terkata...-.-
bukan aku ni rajin sangat belajar..
tapi dh kite duduk dekat tempat belajar kene la belajar kn..hehe..

sebenarnye..lepas aku masuk u ni..
cara aku berfikir ni sedikit berbeza..sedikit matang la..huhu..
berbanding time sekolah dulu yg pegi sklh balik sklh je..
bile masuk u ni aku jumpa org dgn pelbagai character..hmm..
mcm2 perangai yang pelik2 aku jumpe dkt sini..
totally berbeza dgn kwn2 aku dkt sklh menengah..

lps msuk u ni jugak..perangai aku x de la mcm dkt sklh dulu..
aku ni dkt sklh dulu berckp dgn kwn sebelah je..dgn bdk laki yg 1 kls dari tingkatan 1 pn brape patah je..hehe..ade ke patut..teruk2..(baru sedar diri)
tp..nk kate lps msuk u ni aku jd peramah..x de la jugak..
dh aku mmg x tahu nk ckp ape..senyap je la kn..
hishh..simple je minah ni..

lps msuk u ni jugak..aku bersusah payah nk cari kwn yg satu kepale dgn aku..
yg faham aku (walaupun sikit)
tp..stakat ni..mmg x de..
sebab tu la aku rase hari2 sedih..
nak2 mood yang tgh tunggu result SPA kluar ni..


eh..apesal aku tulis bnyk sgt ni..*baru perasan*



Thursday, August 2, 2012

haishh lecturer

assalamualaikum...^^ 
hehe...sy dh kembali..setalah sekian lame x jumpe blog sndri ni..
haha..ade ke patut..password email sndri pn lupe..haishh...
sbnrnye bkn ape...bnyk sgt password kene igt..password adk2 punye lg..
haa...ni la akibat sibuk sgt nk tahu password org...
btw..sbnrye bru habis test hri ni...ade ke patut..
lecturer kiteorg punye la nk ambik hati...die ckp kls kiteorg mcm bdk degree..
jwpn bagus2..sedangkan die just tgk2 mcm tu je jwpn td..haha..baik kn lecturer sy..hehe..
hmm...ok la..sy nk pegi beli makan pulak ni...
kalau tak beli nanti bising satu rumah sy x nak makan..hehe..

***