sebenarnya post ni di copy dari blog kwn sy..hehe..
ce try korang punye bdayy..tapi tak semestinya semua benda ni betul..dlm erti kata lain..tak payah la percaya sgt ye..
TARIKH LAHIR kita
menerangkan
1. siapa kita,apakah
kelebihan kita dan apakah kebolehan kita.
Ia juga menunjukkan
apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Untuk mengetahui
NOMBOR LAHIR kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita
sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal.
Contoh 1 :
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
(Jadi NOMBOR LAHIR
anda ialah 1 – KETULENAN)
Maksud NOMBOR LAHIR
adalah seperti berikut:
1 ---> KETULENAN
- Hadir dengan idea
baru.
- Memperolehi sesuatu
dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini
merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka
mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah
pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri
merupakan pilihan terbaik mereka.
- Perkara yang perlu
dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.
- Berfikirlah secara
terbuka.
Golongan terkenal
yang mempunyai nombor lahir 1:
Tom Hanks, Robert
Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Raquel Welch
2 ---> PENDAMAI
- Dilahirkan sebagai
diplomat.
- Mereka selalu
memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum
mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi
sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
- Persahabatan adalah
penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;tetapi mereka sanggup
untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara
semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri
(self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal
yang mempunyai nombor lahir 2:
Bill Clinton,
Madonna, Whoopi Goldberg, Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.
3 ---> CERIA
- Mereka sangat
kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka
memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang
lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat
popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu
belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal
yang mempunyai nombor lahir 3:
Alan Alda, Ann
Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4 ---->
KONSERVATIF
- Golongan ini sangat
peka dan tradisional.
- Mereka sukakan
arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan
bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja
keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah
tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya
untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus
belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal
yang mempunyai nombor lahir 4:
Neil Diamond,
Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5 ---> PERINTIS
-Mereka adalah
perintis.
- Secara semulajadi
mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat
bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan
kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah
sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu
daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang
bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini
dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang
diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal
yang mempunyai nombor lahir 5:
Abraham Lincoln,
Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Keller
dan Mark Hamil.
6 ---> ROMANTIK
- Golongan ini adalah
idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga
yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka
mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka
untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia
dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni
musik.
- Mereka menjadi
teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus
belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal
yang mempunyai nombor lahir 6:
Albert Einstein, Jane
Seymour, John Denver, Meryl Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7 ---> INTELEKTUAL
- Golongan ini adalah
Pencari.
- Selalu
menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu
perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka
tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka
mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka
dipersoalkan.
- Mereka kerap
dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala
bersendirian.
- Mereka gemarkan
perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik
dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka
berahsia.
- Golongan ini hidup
dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan
dunia sebenar.
Golongan terkenal
yang mempunyai nombor lahir 7:
William Shakespeare,
Lucille Ball, Michael Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8 --->
PENYELESAIAN
- Golongan ini adalah
penyelesaian masalah.
- Mereka adalah
profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu
mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang
terbaik.
- Mereka sangat suka
mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan
memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu
belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut
keperluan orang lain.
Golongan terkenal
yang mempunyai nombor lahir 8:
Edgar Cayce, Barbra
Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin,
Nostrodamus.
9 ---> PELAKON
- Golongan ini
mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat
penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan
yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan
pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai
personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk
memahami mereka.
- Mereka umpama
binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut
persekitaran.
- Mereka mempunyai
nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung
kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya
golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan
terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:
Albert Schweitzer,
Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley
selamat mencuba!!!
cyma no 5..perintis
ReplyDelete