Tuesday, December 31, 2013

dialog bersama panel SPA

assalamualaikum ^^



haaa . hari ni kita cakap pasal interview..okay ..especially interview SPA...sbb interview ni je yg pernah pegi sampai 2 kali..alhamdulillah..lepas tu terus dapat :)


first..mehh nak cite dialog dengan panel *setakat yang mampu ingat sampai hari je la ye*

*kata kunci..hewhew*

P = Puan
E = Encik
A = Aku
() = kata-kata di dalam hati

P : ok.. sila duduk..
A : terima kasih
P : ok..tell me about yourself
A : (aku memang dah agak..mesti kena speeking hri ni) aku pun cite la semua pasal aku...alaahh .. macam time korang kecik2 dulu..yg tulis biodata tu..haa macam tu la..korang sebut semuanya..dari nama sampai la dia cakap berhenti..

disebabkan aku dh study kat UiTM.. dia pun psycho la sikit

P : hmm..awk dah elok2 study kat UiTM kenapa minta SPA ni? dah sem berapa ni?
A : sem 4

kalau soalan mcm ni ditanya..korang jawab la ape2 pun..asalkan nampak la memang korang nak sesangat SPA ni..

P : wahh... sem 4..dah nak habis ni..tak sayang ke?
A : sayang tu memang la sayang..tapi..sy memang nak bidang ni..minat sangat..*tunjukkan keminatan anda sehabis daya*
P : ok..kenapa awk minta MLT..ni MA pun awk dapat jgk ni..
A : mmm..sebab sy memang minat MLT..*aku pun ambil tugas MLT ni sebagai alasan kenapa aku minat MLT*
P : oh..ok..takpe ke kalau study dari awal balik..ni susah jugak ni..
A : ehh..takpe..sy ok je..tak kesah pun..*ok..tunjukkan anda memang tak kesah benda2 macam ni*
P : department MLT ni ada tak kat klinik ?
A : emm..kalau kat klinik 1 Malaysia tu memang takde la.. kalau macam klinik desa tu..ade la kot..klinik ibu mengandung ada..*sebenarnya tak taw pun jawapan yg betul apa*

E : ok..bagi tau sy tugas MLT
A : MLT ni..bla bla..*sebijik aku hafal list tugas MLT dalam Portal SPA*
E : *en ni gelak* mmm..jawapan ni dari dulu sampai skrg semua org sama je sy dengar..
A : hehe..sy tanya senior yg dah dapat SPA.. dah cakap hafal je semua tu..sy hafal je la..*utk menunjukkan kita memang study sebelum dtg interview*
E : ok..taw tak kalau kat hospital MLT ni duduk kat mana?
A : mm..haaa..duduk kat mana ? (eh..aku pulak p tanya balik) aku pun buat2 keblurran..tak faham soalan
E : ni..MLT ni duduk kat kaunter kecik tu..haaa..tunggu org dtg bagi sample..sy kalau boleh nak sebelum awk p interview..p hospital dulu..tengok kerja dyorg..ok..kenapa awk pilih MLT..sy tengok kawan2 sy semua skrg dh berjaya jadi OT *Occupational Therapy*?
A : (soalan perangkap..td dah tanya) sebab jiwa sy memang tak sebati dgn OT ni.. sy tak boleh nak paksa lagi..
E : sebenarnya sy taw..awk macam ni kan ____________..sy tengok awk pun sy dah tahu kenapa awk minat MLT..ok..apa polisi MLT ?
A : (ohh mak aii..soalan apa pulak ni) err..polisi dia...mm..macam pakai sarung tangan.pakai topeng tu ea..
E : eiisshh.. tu memang la..bukan tu jawapannya
A : haaa...macam hippocrates oath tu ke? (eh aku lagi yg tanya panel)
E : haaa...tu la sy nak dengar..bila kita kerja macam ni..kita tak boleh bagi taw sape2 pasal data pesakit..semuanya rahsia..

ok..dahhh

*actually..banyak lagi soalan yg ditanya..tp dh lupa* 



kepada anda yg nk p interview SPA 
SEMOGA MAJU JAYA !!

Saturday, December 28, 2013

tragedi 7 Dec





haaa . ni la kawan saya a.k.a. besties..
namanya Nurul Fatihah Bt Adnan

haaiipp..haaiippp..jangan cakap muka kiteorang sama yee..
haaa..sebenarnya baru - baru ni adalah hari lahir dia..

pada 7 DECEMBER 

hehehe..memang agak kelewatan utk wishh

tapi belum masuk tahun depan kan..

hehehe..

actually..sy ada buat video untuk si Fatihah ni..
tapii..entah macam mana tahh..video tu tak boleh nak sent..

malaihh la nak upload kat utube..

so..ni jo la yg termampu..

HAPPY BIRTHDAY !!!

semoga awk panjang umur
murah rezeki
berjaya dunia akhirat
dapat jodoh yg solehh

and.. stay cutee !!
 :D

nanti bila kita jumpa sy bagi video tu ye..

thanks for being the fren who always understood,
who always accepted me
and care about me  :)


FRIENDShIP 
it is not about finding similarities,
it is about respecting differences,

you are not my fren becoz you are like me,
but bcoz i accepted you  and respect you the way you are  






Sunday, December 8, 2013

OT's 17 dalam kenangan


OT's batch 17

ni mungkin post terakhir pasal OT(occupational therapist).. sbb lps ni cik kura2 akn meninggalkan PALAM buat selama-lamanya..
ye..aku x tipu..memang sedih nk tinggal semua sahabat2 kt palam..aku tak sangkal..mereka memang baik..
mereka memang bnyk kelebihan dari aku..mereka dah ibarat keluarga kedua bg aku..

tapi apakan daya..OT sememangnya tak berapa nak serasi dengan jiwa aku.. aku nak belajar dgn ikhlas.. nak kerja dengan ikhlas.. nk treat patient dgn ikhlas..aku memang tak boleh nak paksa lagi..

korang telah mencipta kenangan yang terindah dalam hidupku
mana mungkin ku lupa semua kenangan yg telah kita lalui bersama
mana mungkin ku lipat dan menyimpan rapat semua kenangan dan nama2 yg telah menghadiahkan kebahagiaan dlm hidupku di dalam satu kertas yg akan kuning dan reput bersama waktu..

tetapi..aku akan menyimpan semua kenangan yg telah kita lalui bersama di dalam hati dan senarai memori yang tidak akan reput, berkurang dan hilang sedikit pun bersama waktu yang akan meninggal jauh.


ni adalah antara pic yg akn sentiasa menjadi tatapan dan berada dlm ingatan buat selama - lamanya


ni time buat sepanduk utk maulidur rasul



pegi PDK Saujana Utama utk siapkan esaimen sem 2




niat nk p PDK last2 p mkn cendol Shah Alam




 buka puasa di UiTM Shah Alam bersama geng Physio



lawatan ke hospital tanjung rambutan sem 3

geng 1 rmh time sem 1..p kolam ikan konon :)

Wallahi , korang semua ada dalam hati aku . Wallahi , aku sayang korang kerana ALLAH . Wallahi aku bersyukur dapat kenal korang , dapat share kenangan bersama . Wallahi , aku harap kita dapat bersama selamanya

walau jasad kita berjauhan, tetapi.. biarlah hati dan perasaan kita sentiasa bersama

Kamu Bilang Padaku Bahwa Kamu Benar Sayang, 
Kau Bilang Aku , Kau Akan Selalu Sayang 


dengan ini..aku ingin memohon maaf dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki..
kalau aku pernah tercurik dan terguris hati, teramik ilmu korang, tertinggal korang dlm lif, terbuat korang terasa, termarah, tergilaa dpn korang, termakan korang dan macam2 ter lagi la..
ku hanya mampu ucapkan kata maaf :(
sesungguhnya aku manusia biasa yg sering melakukan kesalahan

bye..jaga diri, hati, aurat, iman, akhlak, agama, UiTM elok2 ye :)


assalamualaikum ^_^


Friday, November 29, 2013

oh Allah please

assalamualaikum ^^

ok..don't talk nonsense
lets start now

.
.

oh Allah
please forgive me
the one who always lied to you
the one who always asking to you
the one who always be cruel to you
the one who always promise a lot of things to you
the one who sometimes don't hear your order
the one who sometimes makes you angry
the one who sometimes forget about you

so
pleassseee
don't you ever let me walk alone
walk with no shoes
with no direction
with no one

and 
i hope you will always guide me to the truth
always accept my forgiveness
always love me as one of your servant
always help me to be the kind person
with no hopeless

please
bring me to your jannah
with my lovely mother n family
with my frens that always in my heart





Friday, November 1, 2013

lindungi diri anda

assalamualaikum ^^


ok..hari ni nak cite pasal "KONTRAK DALM PERKAHWINAN"

agak-agak korang penah dengar tak pasal ni??
kalau tak pernah dan ingin tahu boleh la baca entry ni dan cari la mana2 buku untuk dibuat rujukan ye..

ekceli..kalau korang perasan la kan..tajuk WHI pada 24hb oct 2013 ialah kontrak dalam perkahwinan..
sebelum2 ni..umi aku selalu la sebut macam ni

"nanti bila korang adik beradik nak kawin, umi nak semua menantu umi yang lelaki janji dulu nak bagi berapa setiap bulan.. kalau anak bertambah sorang berapa hinggit nak naik??"

"kalau dieorg tak nak janji..jgn kawin dgn dia"

aku pun dalam hati menjawab :

"apa ni umi..kesian la laki kita nanti..macam zalim je buat macam tu"

dan..belum sempat nak bg respon umi akn sambung mcm ni..

"umi buat mcm tu bukan apa..takut la nanti bila dah kawin..ada la pulak laki korang ni tak bagi nafkah..mentang2 la perempuan skrg ramai yg kerja tinggi2"

*
*
*

rupa2nya skrg *tak tau la negara la ada tak undang2 ni* kontrak ni memang ada..boleh isi borang dkt mahkamah (mengikut en yg dtg dkt WHI hari tu)..
first..korang jgn salah faham antara kontrak dalam perkahwinan dgn kawin kontrak..
ianya dua perkara yg berbeza..
- kontrak dalam perkahwinan = pasangan suami isteri menandatangani kontrak perjanjian selepas berkahwin untuk hak tertentu  dan tindak mempunyai tamat tempoh
- kawin kontrak = Dalam islam disebut dgn istilah nikah mut'ah. Hukumnya adalah haram dan akadnya tidak sah. Pasangan akan menandatangani kontrak perkahwinan dan mempunyai tamat tempoh.

Rasulullah SAW bersabda, "Wahai manusia, dulu aku pernah mengizinkan kalian untuk melakukan kawin kontrak (mut'ah). Dan sesungguhnya Allah telah mengharamkannya hingga Hari Kiamat..(HR. Muslim)"

ni pulak pasal kontrak dalam perkahwinan :

- Syarat-syarat yang terdapat di dalam kontrak perkahwinan mestilah diaplikasikan serta merta selepas sahnya aqad.
- Borang ini mengandungi syarat dari kedua-dua atau sebelah pihak pasangan pengantin dan mestilah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
- Panduan syarat-syarat di dalam kontrak perkahwinan :
a) Jika isteri mengemukakan syarat yg bertujuan utk melindunginya mengikut undang-undang & supaya tidak dipinggirkan kerana pihak ketiga, maka syaratnya sah, perlanggaran syarat membolehkan isteri menuntut cerai. Contoh : suami tidak boleh berkahwin lain.
b) syarat yg diletakkan suami yg bertujuan utk melindunginya mengikut undang-undang & supaya tidak dipinggirkan kerana pihak ketiga, maka syaratnya sah, perlanggaran syarat membolehkan suami menceraikan isterinya. Contoh : Isteri tidak boleh keluar bekerja diluar kawasan.
c) Syarat yang mempunyai masalah biasanya syarat yang bertentangan dengan undang-undang. Contoh: tidak tinggal serumah, boleh minum arak, maka syarat seperti ini akan terbatal tetapi kontrak perkahwinan masih lagi sah.


haaa..dah faham tak pasal ni??
jelas??


Konklusinya:
wanita sekarang disarankan oleh aku sendiri utk mengaplikasikan kaedah ini utk melindungi hak2 anda..
dan insyaAllah aku akan mengaplikasikan kaedah ini juga 1 hari nanti..

kalau anda semua tak percaya..ce try pegi mahkamah syariah..sesangat ramai wanita2 sekarang ditindas oleh insan bernama lelaki..


ni bukan kes tak percaya kpd si suami tp
baiklah kita mencegah drp merawat..





Friday, October 11, 2013

tragedy october :)

assalamualaikum!! :)

salam sejahtera dan salam happy guys!!

hihi.. minggu ni merupakan bday aku
and....aku berusaha sedaya upaya utk org disekelilig tak tahu akan kejadian ni

namun..apakan daya..mereka dpt tahu jgk..*bdk 1 rumah dan akak roomate*
memang dari kecik sampai la beso..bday memang time exam..huh..tak penah nak bagi org tenang..

sebenarnya bukan tak nak org tau..tapi..yela..tak nak susahkan org..
bila dyorg tau..ofcoz kne keluarkan budget sikit..
hujung2 sem ni faham2 la kan duit poket mcm mne..

alhamdulillah..ni la hadiah2 yg dapat dari perantauan..
hihi..gediksss..



hadiah dari akk roomate





salah satu benda yg dyorg tulis *kalau laki aku mmg mcm tu.. siap la yanie!!  




hadiah dri sahabat2 terchinta..muaahaaaha

btw..thanks a lot..and macam tau2 je aku ni gila coklat..

aku, saya, awak, kita

assalamualaikum!! :)

hi guyss!!

ok.. aku buat tajuk ni sebab..sebabab..
bende ni menjadi salah satu masalah yang agak besar tp tak berapa nak besar bila masuk palam
tak tau bila sembang nak guna sy? aku? hang? kita? / benda seangkatan dengannya

yeee...seriously..masa zaman dulu kala dekat sklh..
memang sy bahasakan diri sembang dengan kawan2 pakai "saya dan awk"
dengan laki pun mcm ni..

yeaahhh.. budak2 luar yang dengar memang rasa mcm..ewwwww
ape ni..AWAK..SAYA..ohhh..plezz..

bila sy cakap dengan kawan2 pasal ni..
mesti dyorg ckp..haisshh..geli la cakap sy awk ni..
haisshhh...hahaha

tapi...sy n de high school geng memang dah biasa macam tu..*sebenarnya sy yang biasa macam tu..hihi
sebenarnya dari didikan keluarga..
dari kecik mak akan marah bila kiteorg anak beranak cakap mnde2 yg kasar..mencarut ke..

sampaikan akk dan abg sy dikenakan hukuman kalau ckp mcm tu..
*sy tak kena sbb sy budak baik..hahaha..


1 benda kalau sy apply membahasakan diri dengan "aku"..
sy rasa mcm seolah2 kasar sgt cara percakapan tu


dan percaya tak..sampai besar..
sy sembang dgn kakak abang dan adik dengan menggunakan "sy dan awk"
plezzz...jgn ckp..EEEWWWW
hahaha


so..konklusinya..
terima la cara percakapan seseorg tu..
tak kesah la macam mana pun..
sebab..semuanya tak salahhh..

lepas ni jgn terkejut kalau sy pakai aku ok..
nak elakkan org ramai dri termuntah baca entry yg akn dipaparkan


Wednesday, October 2, 2013

tenanglah kamu disana :')

assalamualaikum ^^.

beberapa hari dalam minggu ni
ade je dengar pasal kematian yang menjemput rakan - rakan sezaman / seusia
dan ade yang sedang bertarung dengan kanser tahap akhir


hmm..entah bila la agaknya masa kita pulak untuk kembali kpd fitrah balik ye
hari ni kita gembira dan leka dgn kenikmatan dunia
mungkin esok / lusa / minggu dpn / bulan dpn / setiap detik yg masih bernyawa tidak akan menjadi milik kita lagi

bila dengar pasal kematian mesti dialog mcm ni akan keluar 

"ehhh.. tak sangka la dia yang meninggal tu.. baru semalam nampak dia"

"pagi tadi aku sembang dgn dia, ehh ptg ni dah takde"

haaiiiyaakk!! jgn la terkejut sangat loorhh. ajal kita memang tak tahu bila akan tiba
bila2 masa je nyawa kita kan ditarik
boleh jadi masa kita turun tangga / terjatuh dgn kuat dan menyebabkan pendarahan di kepala 
atau mungkin tiba2 kita dapat tahu kita berpenyakit kronik

so.. sebelum terlambat..
ayuhlah kita sama2 berganding bahu
saling ingat mengingati dan bertungkus lumus
menuju kearah yang lebih baik

jangan terlalu berharap akan hari esk yg akan tiba
kerana hari esok masih tidak pasti lagi akan menjadi milik kita






# semoga roh mereka dicucuri dan dirahmati Allah dan tenang di sana 





Thursday, September 26, 2013

no couple, no cry :)

assalamualaikum!!

pada suatu hari...

disaat-saat kelas yg terakhir bersama seorg lecturer..
sebelum minggu exam menjelma..

seorg lecturer telah bertanyakan soalan yg membuatkan sy terasa mcm..hhmmm..KENAPA??
salah ke?? pelik ke?? 

beliau ask me "h****** do u have a boyfriend??"

nak je menjawab mcm ni
yes, i have a lof of boy friends..
*sambil menunjukkan rakan sekelas* huahuahua

dan apabila ditanya solan mcm tu..
ofcoz dgn pantas gagah lagi yakin sy menjawab..NOO!!

and ekspresii muka beliau
dgn senyuman yg penuh bermakna..
ohhh...tidak dapat dilupakan


memandangkan sy dn rakan 1 negeri duduk berhadapan dgn meja lecturer..*bdk baik* >.<
beliau feel free to ask me


umur sefresshh mcm ni dah ditanya..
kalau umur dah meningkat nanti mcm mne laa...




u should say this :)


Saturday, May 18, 2013

sedar atau tidak

assalamualaikum w.b.t..^^


memandangkan pemerhatian yang telah sy buat setelah sekian lamanya a.k.a semenjak sklh rendah sampailah sekarang...ada sesetengah manusia "bertuah" yang berperangai jenis2 mcm ni..dan sy tetap bersabar..nak tau perangainye??hehehe..here we go :D


kata-kata imam al-ghazali : 

" ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya "


yep..saya sedar..ada sesetengah "manusia bertuah" yang berkawan dengan seseorg kerana niat tertentu..
ada yg pilih kwn yg cantik..yg kacak lagi bergaya..yg cerdik..yg baik dgn guru/lecturer dan lain2 lagi *lu pikir la sendiri..

di sini sy nak tanya satu soalan...sebagai cth..adakah kita akan menjadi cerdik/cantik/hensem/kacak dan bergaya kalau org di sekeliling kita ada ciri2 mcm tu ??



"selemah - lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia - siakan sahabat yang telah dicari " 

(saidina Ali)




maknanya...apabila kita sudah mempunyai sahabat...kita seharusnya bersahabat dengannya sehingga ke akhir hayat...dan berusaha menerima mereka seadanya dgn kata lain menerima setiap kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri dia...
kalau kita nak cari sahabat yg perfect dari segala aspek memang tak la kan..sampai mati pun takkan jumpa..hehe..


seorang bijak pandai berpesan kpd anak lelakinya "wahai anakku,sekiranya engkau rasa perlu bersahabat dgn seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yg sifatya spt berikut :

  • jika engkau brbakti kpdnya,dia akn melindungi kamu
  • jika engkau rapatkan persahabatan dgnnya, dia akn mmbalas balik persahabatan kamu
  • jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akn mmbantu kamu
  • jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kpdnya, dia akn menerimanya dgn baik
  • jika dia melihat sesuatu yg tidak baik dpd kamu, dia akn menutupnya
  • jika engkau berdiam diri (krn malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
  • jika kamu berdua berselisih faham , nescaya dia lebih senang mengalah utk menjaga kepentingan persahabatan

pujangga berkata : "cara terbaik mendapat sahabat adalah dengan menjadi sahabat "




maka dengan itu..jgnlah kita terlalu mengharap seseorg sahabat selalu ada di samping kita ketika susah dan senang sekiranya kita sendiri yg sering meghilang ketika sahabat kita sedang susah...




#dgn ini sy ingin menyusun 10 jari memohon maaf kpd kawan2 dan sahabat2 atas semua kesalahan yg telah sy lakukan secara sengaja ataupun tidak...mintak maaf banyak2...sesungguhnya kadangkala sy hanya insan biasa yg sering melakukan kesalahan..:)

ok..bye2!! wasalam ;D

Sunday, May 12, 2013

golongan orang yang doanya diterima

assalamualaikum ^^.


walaupun kebanyakkan org ramai yg dah tahu pasal benda ni..
tapi apa salahnya kalau sy berkongsi lagi kn..hehe..
ok..selamat membaca!!



Allah sentiasa memperkenankan doa hamba yang meminta kepadaNya. Terdapat juga org tertentu yg doanya diterima Allah iaitu :


- Doa org yg dizalimi walaupun bukan muslim

Rasulullah bersabda, "Jagalah dirimu dari doa org yg teraniaya, kerana
doanya itu tidak ada halangannya di sisi Allah".


- Doa ibu bapa kepada anak - anaknya

- Doa muslim kepada saudaranya tanpa diketahui oleh orang yang didoakannya

- Doa orang yang sedang berpuasa

- Doa musafir sehingga beliau kembali ke tempat asalnya

- Doa orang yang berapa dalam bahaya

- Doa anak yang soleh


salah satu orang yang tergolong dlm golongan ni ialah ibu bapa..
so..selagi kita ada ibu dan bapa..
gunakanlah manfaat itu kerana..
ibu bapa tiada ganti buat selama - lamanya..

Sunday, April 28, 2013

first week

assalamualaikum ^^


huh...dah masuk seminggu sy jadi cikgu..
untuk pengetahuan kpd sesape yg tak tahu..
cuti untuk sem2 ni..sy jd cikgu ganti..
sy ajar budak form 1 dan budak cina...


so far ok la...
budak2 melayu mmg ade respect(walaupn sikit)...
tapi cina...huh..mmg kurang ajaq..
nasib la sy mmg jenis blh bersabar dgn anak2 org..
kalau tak...mmg nak kena la bebudak cina ni..

kadang2 kesian + sedih tgk pelajar melayu..
terutamanya kelas belakang..
dieorg  datang dari keluarga yg agak susah....
kurang pandai..
hmm...main 24 jam..

kadang2 ade jugak rasa nak tlg..
tapi sy sendiri pn tak tau nak ajar mcm mana lg..
dieorg sendiri yg tak nak bantu diri sendiri..
nak buat macam mana lagi...


apa2 pun harap budak2 tu faham apa yg sy ajar..
dan blh guna ilmu yg sy curah untuk mereka..

 misi sy ialah..

sy ingin menjadi BEST TEACHER!!!
hehe..


Sunday, April 14, 2013

yeah !! i'm home

assalamualaikum ^^


alhamdulillah..dah sampai rumah..
fuuhhh...hari ni perjalanan utk balik sgt2 la mencabar dari sblm ni

first...konon2 tak nak tidur...
sy pun berlegar2 la dkt fb dgn blog org..
lps tu try buat twitter yg memeningkan tu..
lepas tu dalam pukul 4 pagi angkat2 barang masuk bilik tv level 1
pukul 5 dah siap..
sy pun dgn senang dan rela hati bergolek2 di atas katil
dengan harapan nak rehat..

tiba2..jeng3
sy tertido dan bangun pukul 9
weihh...9 tu..
dalam rancangan nak naik bas pukul 7
ok la..siap2 n blabla..otw nak pegi bus stop angsana
tiba2 beg sy terputus..
Allah tu maha besar..time putus tu..tiba2 ade akak degree mai tlg
alhamdulillah..cepat je Allah hantar bantuan


lps sampai Klang terus pegi beli tiket
huh..nasib la tiket bas ade lg
kalau tak duduk la terminal bas tu sampai mlm

sedang sy termenung menunggu bas 
macam2 sy nampak
antaranya ialah :
2 ekor burung di pagi hari telah tuttt di atas pokok
ternampak label kedai dkt bagunan iaitu 
YAYASAN KEBAJIKAN PEKERJA ASING BERHAD
ade jgk ea yayasan mcm ni..serius baru tahu..
yg ni parah sikit
ade 3 ekor anjing berkeliaran
sedang sy duk perhatikan anjing ni (mana la tahu kot2 dtg serang sy)
dgn selamba badak dan cute nye die pegi berak
dah la berak tengah2 jalan
lepas tu dia pegi minum air2 yg bertakung dkt jalan
persoalannya skrg..
mcm mana kalau kita terpijak / tersimbah air2 tu
huh..sape punye anjing la tu


anjing tu lebih kurang mcm ni la

oke..dah la..malas la pulak nk cite..
bye..assalamualaikum..
arigatoo membuang masa baca entry ni..
hewhew

Saturday, April 13, 2013

occupational therapy students' congress 2013

assalamualaikum ^^


haaa...walaupun sy bukan biro ape2 dlm program ni 
(sebenarnya mmg x nak jadi ape2 pn)
sy dengan kerajinan ingin mempromosikan a.k.a mengiklankan
pasal program ni

MAP OTSCORE ni diadakan untuk kali kedua
bertempat di UiTM Puncak Alam (alaa...yang tersergam indah tu)
hehe




insyaAllah kalau join program ni anda semua boleh menambahkan ilmu pengetahuan
so..jgn lepaskan peluang keemasan ni !!!
kalau berminat boleh la hubungi no yang tertera di poster di atas untuk maklumat lanjut
Twitter = @MAPOTscore2013




# motif post benda ni ialah...huh..kebosanan kemelampauan sebenarnya 

Friday, April 12, 2013

insan

assalamualaikum ^^


angin sepoi2 bahasa
menenangkan hati yang sedang terluka
terluka kerana pilihan sendiri 
atau angkara manusia semata - mata
aku sendiri yang keliru


aku tahu dan mengerti
aku bukan insan yang sempurna
insan yang kau idam dan impikan
insan yang selalu mengecewakan kau
insan yang sering melukai dan dilukai
insan yang punya banyak cacat cela
insan yang tiada daya


maka dengan ini
aku perlu seseorg yang dapat membimbingku
seorg yang selalu memaafkan kesilapanku
seorg yang memberi semangat kepadaku
seorg yang selalu menasihatiku
seorg yang sentiasa disisiku
seorg yang jujur kepadaku
seorg yang memahamiku


tapi...aku tahu 
tiada manusia yang sempurna 
sempurna dalam memenuhi segala kemahuanku
smpurna dalam memenuhi segala ciri2 idamanku


maka dengan itu
aku hanya inginkan seorg sahabat yang sentiasa disisiku
di saat susah dan senang
sahabat yang jujur kepadaku
sahabat yang memberi semangat untukku bangkit ketika zaman kejatuhan
sahabat yang tidak lihat akan status IQ ku
cukuplah sekadar itu  :)







hasil nukilan
dari lubuk hati sy yg ikhlas
#tidak dibenarkan mengkopi


Tuesday, April 9, 2013

angin kepiluan


assalamualaikum^^
yeahh..perassan ini dtg kembali..


terasa pilu dihati
mengenangkan perkara yang sudah dan sedang terjadi
setiap kali aku kesedihan dan kesusahan
setiap kali hatiku dihiris kepiluan
setiap kali aku terasa keseorangan
tiada siapa yang dapat menemani di sisi 
menjadi bahu untuk ditangisi


mungkin ini semua salahku
salahku yg tidak mampu menanam dan menyemai rasa kasih dan syg antara kita
antara kita sebagai seorg sahabat..
atau salahku yg tidak pernah memberi peluang
memberi peluang kpd manusia utk merasai dan mendalami kesedihanku
atau kerana masa silam yg menghantui diriku
sehingga aku tidak mudah menebar seribu satu rahsia yang terbuku dlm diri 
hanya kerana satu perkataan iaitu KEPERCAYAAN


ya dulu
aku berusaha untuk mencari si dia
si dia yang mampu menjadi bahu ketika duka
si dia yang sabar mendengar setiap butir kata
tapi..kini aku sedar
aku tidak mampu untuk bertahan lama
kerana aku tahu kita tidak sama
kita duduk di dunia yang berbeza
kita lahir dari rahim yang berbeza
dan apabila kau menjadi pendengar yang setia
aku sedar kita hanya akan menambah dosa
kerana kau Adam dan aku Hawa


terkadang aku terfikir dan tersedar
manusia di sekelilingku sangat bertuah
bertuah kerana memiliki segala - galanya
memiliki teman yang sehaluan
memiliki keluarga meriah dan bahagia
memilik sahabat yang mampu bersama
memiliki tempat untuk mengadu domba
memiliki akal dan minda yang sempurna

aku
hanya sekangkang kera
tidak mempunyai apa - apa
hanya sentiasa berusaha dan berusaha
bertahan untuk menghadapi segalanya

  
terkadang diri ini terasa ingin duduk dikhalayak ramai
dan menghabiskan waktu2 yang tinggal untuk melihat setiap keletah manusia 
untuk merasai dan mengamati setiap kebahagiaan yang melata
kerana hanya itu yang mumpu mengubat luka





nukilan
dari lubuk hati kecik sy yg ikhlas :D
#tidak dibenarkan mengkopi / mengteh

Sunday, April 7, 2013

untukmu yg jauh disana =)

assalamualaikum ^^

alhamdulillah..sem2 ni dah hampir selesai..
jamuan pun dah selesai tadi utk sem ni..
dan sy sgt2 bersyukur..
seperti sem lps jgk..
time main true or dare
yesss...sy tak kena..
hehe..
dah2 x nak cite pasal ni..

ok utk sape2 yg rase mcm..
err / grrr / esihhh / eeeiii / euiii / seumpamanya..
apabila bercerita soal cinta & seangkatan dgnnya..
yee..sy faham..sbb sy pun mcm tu...hehe..
tp...kadang2 angin kemerepekkan dtg menggila..
so..ni la jadinya...


Bismillahirrahmaanirrahiim...

Untukmu yang jauh disana,Berdinding jarak dan waktu,
Berbatas ruang diantara kita..

Walaupun aku sesekali tidak mengetahui siapakah dikau..
Masihkah kau jaga hatimu untukku ??


Untukmu yang jauh disana..
Ku harap kau slalu menjaga hatimu..
Seperti disini aku menjaga hatiku..

Semoga cintamu padaNYA menjagamu dari angin2 keburukan yang mampu membuatmu lalai akan perintahNYA..

Semoga kasihmu padaNYA membuatmu mampu bertahan dalam perpisahan yang panjang ini..


Jika aku di sini menanti, ku harap kau di sana menjaga..
Jika aku di sini berdoa, ku harap kau di sana setia..

Aku tak berharap di pertemukan denganmu..
Tapi aku meminta dipersatukan dalam cintaNYA..

Aku tak berharap kesempurnaanmu..
Kerana aku ingin melengkapinya dengan kekuranganku..

YA RABBANAA..
Satukan kami dalam naungan cinta MU..
Dan cintakan kami pada kebaikan..
Agar cinta kami dapat menyatu menjadi kebaikan..

YA RABBANAA..
Satukan kekurangan kami dalam Ridha MU..
Agar kekurangan itu dapat melebur menjadi kesempurnaan..

YA RABBANAA..
Yang kami inginkan hanyalah kesempurnaan cinta MU..
Kerana hanya dengan cara ni tidak akan ada rasa terluka dan kecewa pada akhirnya..

Aamiin Ya Rabbal'alamiin..





Friday, April 5, 2013

ohoiii ORTHO

assalamualaikum ^^

ok..esk exam teori a.k.a. last paper
subjek orthopaedic and surgical condition..

ye..pada awal sem..
kls ni mmg antara kls yg ditunggu2..
tapi...sekarang..

waaaa!!! rase mcm nak nangis je...
banyak benda kena igt dlm waktu yg singkat (keje last minute la ni) hehe

dah2...
teroka sendiri benda alah ni..

# = fracture








ok..dah..tu je la yg dapat eden tunjuk..

nak pegi sambung study dulu..
sementara saki baki kerajinan utk menghadap buku masih ade..
hehe..
.
.
.

assalamualaikum 

Tuesday, March 26, 2013

finall...ohhh...final..

assamualaikum..^^

yeahh..exam final akan bermula..
dari 27 mac - 6 april..
tak de la lama sangat kan..
dan dengan ini 

sy nak hadiahkan gmbar pemandangan dari
bilik terchinta sy..
khas didatangkan dari puncak alam..

tarrraaaa !!!!






Monday, March 18, 2013

wahai sahabat...sory..

assalamualaikum semua!!! ^^

kalau rasa nak menghabiskan masa dgn kemerapuan sy...
silahlah...


hmm...exam dah dekat...
dan semakin banyak masalh yg timbul dlm diri ni..

ye...sy tahu sangat..
masalah yg sama dan selalu berulang dalam diri sy dah kembali...
tapi..kenapa benda ni selalu muncul bila exam pun nak muncul.....

sy dah penat dgn semua ni..
saya....tahu ni semua salah sy..
ni la akibatnya..
cepat sangat syg kan seorang sahabat
sampaikan selalu jd macam ni..
saya...tak tau nak pujuk diri ni mcm mana lagi..
sy tak ade nak jadikan sape2 utk menjadi tmpat mengadu..
nak luah segala masalah..mcm org lain..

bukan ape..
sy tak nak menyusahkan org lain..
mak sy banyak lagi kerja lain yg nak kena fikir..

yang pasti semua org tak akan faham sy kecuali diri sy sendiri
kalau stakat setahun dua baru kenal sy dan cakap 
"ye..dia kwn sy..sy knl sgt dia tu mcm mana"
jgn harap anda kenal sy..
family yg hidup dgn sy dri kecik pun tak fully kenal sy
masakan anda semua...huh

so...wahai diri..
buanglah jauh2 perasaan syg kpd semua org 
(bkn kejam tp utk diri sendri jgk)..
sesungguhnya mereka tak akan tahu dan faham..
dan  mereka tak akan sesekali menghargai diri anda...

sedarlah wahai diri..
disaat anda kesusahan dan berjauhan dari keluarga..
anda harus kuatkan semangat anda..
tidak ada org lain yg akan menolong anda
kecuali ALLAH..

ALLAH lah satu - satunya yg tulus akan mencintai anda
yg akan mengampuni anda sekiranya melakukan kesalahan
yg memahami dan mengetahui isi hati anda..

hanya kadangkala ingin menguji anda..
setinggi mana anda syg kepadanya...
maka bersabarlah wahai diri...:'(




#sy tak nak perkara yg sama berulang lagi..
#doakan sy utk final nanti..
#smoga sy berjaya dunia akhirat..

Tuesday, March 5, 2013

PDK (pemulihan dalam komuniti) :D

assalamualaikum...^_^

huuu....2, 3 minggu ni memang teramat la sibuk...
alhamdulillah...akhirnya semuanya eseimen dan test2 pertama dah selesai...
salah satu eseimen kita org kena buat video pasal pesakit masing2...


so...ni la hasil pic2 sepanjang perjalanan eseimen ini dijalankan...
(untuk pic yg terbalik...sila senggetkan kepala anda) hehe



ni salah sorg rakan sepasukan sy.. thanks 4 da video fren!!




muka2 therapist yg sabar melayan kerenah patient masing2..

ni la patient utk group sy...luqman namanye..


ni pulak...wakil2 therapist dari kaum adam..

bergambar dgn warga PDK sblm balik..



ni pun rakan sehaluan dgn sy...namanye suzie..:D




in the end of da story...
setiap org ada kelebihan...
walaupun mereka ni kanak2 istimewa...
tapi...mereka juga ada kelebihan...
cuma...kelebihan itu perlu dicari dan boleh digilap(sekiranya boleh la)..insyaAllah..

sesungguhnya...
kamilah yg bertanggungjawab utk membantu mereka..
so...doakan agar sy dan rakan2 berjaya menjadi therapist yg berjaya dan terbaik...
aaminn!!!





# tak tau kenapa cepat sgt syg bdk2...(sejak bila la jd mcm ni)
#kadang2...sy rasa salute la kpd mana2 lelaki yg ambil course ni..bcoz...ang perlu main dan bersabar dgn bdk2!!!

Tuesday, February 26, 2013

haii adam :)



assalamualaikum semua!!! ^^

haaa...hari ni nak berjiwang sikit blh??
errr...tak kesah la boleh ke tak...tak kira..nak jgk..hehe..

ok...buat bakal suamiku..dengarkanlah bisikan hatiku ini..
eceewaahhh..haha..


Wahai calon imamku,
jemputlah aku dengan iman & taqwamu.. Khitbah aku dengan Ar-Rahman...
Tak perlu kau sediakan perhiasan sebagai mahar pernikahan kita, kerana aku akan menjadi perhiasan
terindah untukmu & hatimu..
Sunnah Rasul yang kau hidupkan itulah kebahagiaanku memilikimu...

Wahai pemilik hati yang Allah tetapkan untukku,
sebelum kita melangkah, mohonlah izin-Nya melalui istiqarah cinta di sepertiga malam yang sunyi..
berbicaralah dengan Tuhanku dan Tuhanmu.. Dialah Tuhan sekalian alam.. ALLAH Yang Maha Esa..
Jika Fana tak menyatukan kita, semoga Yang Abadi mempertemukan kita di taman - taman syurga :')
aamiin ya rabbal'alamin...






pernah terfikir mcm ni tak?? hehe..



Tuesday, February 19, 2013

sAhaBAt Yg bAiK

assalamualaikum..^^

hari ni tak mau ckp bnyk2..
nah..ni antara list ciri2 sahabat yg baik..:)




1. mempunyai akhlak yg baik
2. menutup keburukan sahabat
3. menghebahkan kebaikan sahabat
4. mengalah untuk mengelakkan sengketa
5. memberi dorongan kpd sahabat agar berjaya di dunia dan diakhirat
6. sejuk hati bila mendengar namanya
7. bila mendengar kata - katanya bertambah ketaatan  kita kepada Allah
8. sentiasa berdoa dan memaafkan sahabat
9. akan mempertahankan maruah sahabat bila ada org yg cuba memburukkannya







sebenarnya kadang - kadang kita tak perasan pun sahabat mcm ni ada di sisi kita
bila kita berjauhan..
kenang balik masa2 bersama..
baru terperasan bahawa dialah sahabat kita yg sebenarnya..

kadang2 kita kena duduk termenung jugak..
adakah kita juga seorang sahabat yg baik??


p/s : utk renungan kita bersama
# sumber : Dato' Dr Haji Mohamad Fadzilah Kamsah